Khairat Kematian
Penyertaan Badan Khairat Kematian, Masjid Sultan Hisamudin terbuka kepada semua ahli kariah masjid.
Terma dan syarat
1. Yuran pendaftaran keahlian adalah sebanyak RM30.00 (bayaran sekali sahaja). Keahlian akan tamat pada 31 Disember setiap tahun. Yuran untuk permohonan baru ialah RM70.00 meliputi yuran pendaftaran dan tahunan.
2. Yuran pembaharuan dan tahunan adalah sebanyak RM40.00 setahun dan perlu dijelaskan selewat-lewatnya pada 31 Mac setiap tahun. Sekiranya pembaharuan keahlian tidak dijelaskan dalam tempoh masa yang ditetapkan, keahlian akan terbatal dan permohonan pendaftaran baru perlu dikemukakan.
3. Permohonan dianggap tidak lengkap jika maklumat yang diperlukan tidak diisi dengan lengkap
4. Tanggungan terhad kepada suami, isteri, anak-anak yang belum berkahwin dan tinggal bersama, serta ibu bapa dan ibu bapa mertua yang tinggal bersama sahaja, tetapi tidak termasuk anak berusia 18 tahun ke atas yang sudah bekerja.
5. Ahli bertanggungjawab mengemas kini maklumat kerana hanya maklumat dalam rekod Badan Khairat Kematian sahaja dianggap sebagai maklumat sah.
6. Terma dan syarat adalah tertakluk kepada pindaan dari masa ke masa.
Panduan Perhubungan
Sebarang pertanyaan mengenai khairat kematian masjid bolehlah menghubungi:
1. Pengerusi (012-4187 422)
2. Setiausaha (012-345 3975)
3. Bendahari (017-3177 207)